OBES SELEPAS BEKERJA & BERKAHWIN
salam satu Malaysia,"saya dah tua, berumur, mana sesuai lagi, badan pun dah mula sakit-sakit aja ni",
mesti anda semua pernah mendengar ungkapan ini, kalau x ibu bapa kita, nenek kita, atuk kita, pak cik, mak cik, cikgu-cikgu, pensyarah-pensyarah kita. Berlanjutan dari ungkapan di atas, saya dengan sukacita ingin kongsikan beberapa info yang berguna kepada semua terutamanya kepada insan yang bergelar wanita. sememangnya kita tahu semakin kita membesar meningkat usia kita, semakin badan kita akan kekurangan zat, protin, mineral, kalsium, kitaran biologi menjadi semakin perlahan, justeru itu kita akan cepat berasa penat.
sememangnya tatkala badan kita berhenti membesar, aktiviti pengambilan kalsium, mineral, zat, dan sebagainya akan menurun di dalam badan, berbeza ketika kita sedang membesar, apabila badan kita berhenti membesar, segala benda di dalam kita akan berkekalan dan hanya menjalani proses pembaikpulih.
Rata-rata rakyat Malaysia menjadi obes selepas beberapa tahun bekerja ataupun berkahwin, ini semua berlaku kerana perubahan gaya hidup yang drastik dari sebelum kahwin atau kerja yang aktif dengan bersukan, menjalankan pelbagai aktiviti kepada individu yang pasif dan terikat dengan kerja.
mungkin ramai yg tidak faham kenapa waktu belajar dulu badan kecil sahaja tapi lepas kerja, kahwin, badan terus naik dengan mendadak. anda semua kenalah imbas kembali macam mana gaya hidup anda terdahulu dengan sekarang, adakah masih sama aktif ataupun semakin berkurangan aktiviti fizikal? rata-rata rakyat Malaysia semakin kurang aktif dengan alasan penat bekerja, nak jaga anak bini. tp badan sendiri x terjaga.
Sekiranya dulu masa belajar badan kecil, sedap-sedap pakai baju, sekarang dah sendat kat pinggang, perut makin maju kedepan, itu dah menjadi masalah, masalah utama di kalangan umat lelaki.
Sebelum kita melangkah lebih jauh, kita kena faham dulu dengan skoop pekerjaan kita, berapa kalori yg diperlukan dalam masa sehari dalam jadual di bawah:
Kategori | Umur | Keperluan Kalori Dalam Sehari |
Kanak-kanak Lelaki | 7-9 tahun | 1780 |
10-12 tahun | 2180 | |
Kanak-kanak Perempuan | 7-9 tahun | 1590 |
10-12 tahun | 1990 | |
Remaja Lelaki | 13-15 tahun | 2690 |
16-18 tahun | 2840 | |
Remaja Perempuan | 13-15 tahun | 2180 |
16-18 tahun | 2050 | |
Lelaki Dewasa | 19-29 tahun | 2440 |
30-59 Tahun | 2460 | |
Lebih 60 Tahun | 2010 | |
Perempuan Dewasa | 19-29 tahun | 2000 |
30-59 Tahun | 2180 | |
Lebih 60 Tahun | 1780 | |
Ibu Mengandung | 3 Bulan Pertama | +0 |
4-6 Bulan | +360 | |
7-9 Bulan | +470 | |
Ibu Yang Sedang Menyusukan Bayi | 6 Bulan Pertama | +500 |
Selepas 6 Bulan | Keperluan tenaga bergantung kepada jumlah susu ibu yang dihasilkan |
jadi anda semua dah nampak kan berapa jumlah kalori yang diperlukan dalam sehari, namun kita kena faham kalori diperlukan adalah berbeza mengikut setiap pekerjaan, contohnya ahli sukan memerlukan kalori yang lebih banyak daripada mereka yang bekerja pejabat, ini kerana tenaga yang digunakan untuk kerja yang dilakukan adalah berbeza.
Jadi, semakin banyak kalori diambil namun tidak digunakan untuk menjadikan tenaga membuat kerja, semua kalori ini akan disimpan di dalam badan sebagai lemak di bawah kulit kita dan sekitar organ dalaman kita. perlu semua tahu bahawa lemak yang terkumpul ini HANYA akan digunakan sebagai tenaga apabila semua tenaga dalam badan sudah habis. namun bukan senang untuk mencapai tahap menggunakan lemak sebagai tenaga, contoh paling senang nak tahu sama ada kita dah mencapai tahap tenaga lemak atau belum dengan bersenam contohnya pergi gym mengangkat beban (latihan mengangkat beban adalah sangat relevan kerana jumlah tenaga digunakan untuk mengangkat beban adalah tinggi) buat latihan sehingga anda berasa panas terbakar, itu bermakna proses pembakaran lemak telah berlaku. kalau x minat pergi gym boleh juga anda mencuba lari pecut padang atau naik tangga. senang kata semua jenis senaman yang guna prinsip 'mengatasi masa' (time beat) adalah sesuai untuk membakar lemak.
"Ish.... x nak lah g gym, malu ramai lelaki, nanti badan ketul-ketul angkat besi"
"Pergi padang? x nak lah, t badan peluh, melekit-lekit, x sukalah, cuaca pun panas, nnt kulit kena sunburn"
pernah bg alasan ni kalau ada orang/kawan ajak turun padang?
so sekarang pikir-pikirkanlah ye,
Assalamualaikum