Asma atau lebih dikenali sebagai lelah berpunca daripada reaksi alergi yang berlaku di lapisan membrane saluran pernafasan yang kecil dan sederhana (bronchiole) sehingga menyebabkan penyempitan sementara pada saluran tersebut.
Etiologi: punca berlakunya asma umumya adalah debunga, bulu haiwan, tungau habuk rumah, makanan laut (tiram,kerang) dan dadah (Aspirin), riadah, jangkitan kuman di saluran pernafasan (selesema, bronchitis) dan perubahan cuaca.
Symptoms asma adalah akibat pengecutan otot licin di saluran pernafasan (trachea), perembesan mucus berlebihan (hipersekresi), edema (bengkak) dan penyusupan radang di membrane mucus saluran pernafasan., serta penebalan membrane yang terdapat di bawah lapisan epithelium saluran pernafasan. Pernafasan yang tercungap-cungap, pendek-pendek dan berbunyi (wheezing) kadang kala diselangi batuk. Serangan asma yang teruk boleh membahayakan pesait dan biasanya gekala tidak berkurangan walaupun telah diberikan rawatan awal. Asma berpanjangan yang teruk dan parah dikenali sebagai status asmatikus yang ditandai dengan kadar nadi melebihi 100 BPM dan sianosis (biru pada kulit)
Ujian fungsi paru-paru membantu secara lebih tepat untuk mengenal pasti samada individu menghidap asma atau tidak. Kemampuan paru-paru merosot pada pesakit asma namum meningkat setelah mengambil dadah bronkodialator melalui kaedah penyedutan.
Untuk rawatan pesakit asma yang secara alergi boleh dilakukan melalui kaedah hiposensitisasi di mana pesakit akan diberikan agen penyebab asma dalam dos yang sedikit kemudian meningkat mengikut masa dengan bertujuan badan dapat serasi dan mencegah reaksi alergi. Serangan asma boleh dilegakan dengan pelbagai dadah seperti agen simpatomimetik beta-2 (Ventolin) , agen simpatomimetik x selektif (Ephedrine) dan Xianthine (Theophyline).
Amekaw! huhu.. setelah sekian lame x kena asma ni.. dah kena menjajau cari ubat.. sampai kacau member DR. Nur Afiza Amira Katimon tuh yg tgh ada prog.. hahahaha (^_^) sorry ar mira. BTW thanks ar kan. tolong aku...
huhu.. tp agak2 Dr gov ni x care sgt ke pasal patient dia ek? treat mcm nak x nak je. berapa kali g clinic gov bg mende yg sama.. makin malas nak g gov tp x de pilihan.. nak g swasta mahal.. apekan daya...
BTW, sakit ni mengajarku erti sabar.. melatih untuk menjadi lebih lasak dan tahan.. hahaha... lebih banyak kesakitan lebih kuat otak bekerja dan body resistance akan meninggkat ^_^
Salbutamol – Ventolin nilah ubat yang aku amek masa kena asma arituh..
No comments:
Post a Comment