di saat kita keseorangan dan kesusahan,
kita masih lagi ada insan yang istimewa
yang menyayangi dan sudi membantu kita..
Kadang kala kita terlupa,
di saat kita keseorangan dan kesusahan,
kita masih lagi mempunyai rakan-rakan
yang boleh membantu kita..
Kadang kala kita terlupa,
di saat kita keseorangan dan kesusahan,
kita masih lagi mempunyai abang, adik, dan kakak
yang boleh membantu kita..
Kadang kala kita terlupa,
di saat kita keseorangan dan kesusahan,
kita masih mempunyai ibu dan bapa
yang boleh membantu kita..
Tetapi seandainya semua di atas telah pun tiada..
janganlah kita mudah patah semangat..
kerana Pencipta kita masih lagi ada,
ALLAH...
yang selalu sudi mendengar dan membantu hamba-Nya yang lemah..
Manusia sering kali alpa dan terlupa kerana itulah sifat manusia yang tidak pernah sempurna.. Sekuat-kuat manusia sekalipun, sekiranya hati yang tertaut, boleh menjadi selemah-lemah manusia.. Kerana itu Iman terletak di hati, segala-galanya bermula dari hati..
No comments:
Post a Comment