18.12.11

#3 `do and don`t` semasa hiking

Baiklah, pada episod yang lepas kita telah didedahkan dengan pemakaian semasa hiking, pemilihan kasut, baju.. kini anda sudah menghampiri tahap yang seterusnya iaitu proses pendakian.. semasa pendakian gunung, perlulah ada serba sedikit ilmu pengetahuan tentang geografi gunung yang kita hendak daki… tanpa membuang masa, jom kita baca, apa itu……

(berdasarkan pengetahuan yang sedia ada dan pengalaman sendiri)

Penggunaan Isyarat semasa hiking….

Isyarat juga ada ke semasa pendakian? Yaa.. ada. Bahasa isyarat adalah penting semasa kes kecemasan misalnya tersesat, terpisah dari kumpulan mendaki, dan ketika berhadapan dengan binatang buas. Antara bahasa isyarat yang sering kali digunakan ialah bahasa isyarat menggunakan tumbuhan dan ranting kayu. Bagaimana?

Isyarat menggunakan anak pokok & ranting.

1. Kayu atau anak pokok dipatahkan dan dihalakan ke arah laluan yang betul.

2. Membuat tanda pada pokok seperti torehan dan takukan tetapi cara ini tidak digalakkan kerana merosakkan pokok (sila jaga keaslian hutan kita)

3. Mengikat cebisan kain pada anak-anak pokok yang kita lalui dengan jarak beberapa meter (relevan bagi yang tersesat jalan, memudahkan proses pencarian)

Then kalau kat kawasan lapang macam mana pula? Kawasan x de anak pokok, yg ada Cuma lalang tebal je??

Kalau macam tu, boleh guna lalang tu sebagai penunjuk arah dengan mengikat lalang tersebut dalam gumpalan yang banyak kemudian mematahkannya dengan menganjur kearah yang kita inginkan, sekiranya ke kanan, ikat dalam 1 gengaman lalang kemudian patahkan kea rah kanan. Sekiranya nak bgtau kat depan tu kawasan bahaya, ikat 3 gumpal lalang.

Penggunaan peta dan bearing.

Peta dan bearing adalah satu cara yang paling tepat dan berkesan dalam menentukan arah perjalanan kita. Kaedah ini memerlukan kompas jadi perlulah tau nak guna kompas ye.. dan dengan adanya peta lengkap, kita boleh mengetahui topography yang kita hendak lalui.. so lebih mudah dan kita akan lebih bersedia. Namun untuk mendapat peta yang lengkap adalah sukar.. maka kita boleh menggunakan beberapa kaedah tradisional..

1. Membuat penanda aras. Dengan menggunakan tumbuhan, batu atau apa2 sahaja yang besar, lain dari yang lain dan boleh Nampak dari pelbagai sudut sebagai titik rujukan kita. Ini bagi mengelakkan kita daripada sesat dan berpusing2 di satu tempat.

2. Untuk mengetahui arah timur dan barat, bolehlah menggunakan lumut sebagai panduan, lumut kebiasaannya tumbuh dengan membelakangkan matahari terbit, matahari terbit dari sebelah timur dan tenggelam barat, jadi jika tangan kiri kita menghala kearah kawasan batu yang tidak berlumut bermakna tangan kiri kita sedang menghala kearah barat, jika tangan kanan kita menghala kearah batu yang berlumut bermakna kanan kita menghadap timur. Jika kita berdiri dengan tgn kanan menghadap matahari terbit, bermakna tangan kiri kita menghala ke barat, hadapan adalah utara dan belakang adalah selatan.

Dah hauslah pulak tapi air x de! Mcm mane ni!!

Haaa… kalau kat Malaysia ni, senang nak cari air, Cuma perlu pandai.. untuk mencari air tidak sukar, Cuma caranya yang rumit..

1. Air dari buah-buahan.. buah bukan sahaja kaya dengan serat namun juga air yang amat diperlukan oleh badan, tp bukan semua buah-buahan boleh dimakan, test buah sama ada beracun ataupun tidak dengan menitiskan sedikit jus ke kulit yang sensitive seperti bawah lengan, tunggu beberapa minit, x de kesan, gigit sikit, tp jgn telan, tunggu lagi, x de effect gak baru boleh makan. (tp ini cara yang cepat, lagi berhati2 perlu makan masa beberapa jam untuk berkesan ke badan)

2. Air dari akar kayu, air ini sejuk, manis dan melalui tapisan yang terbaik! Tp x semua air akar kayu boleh diminum, perlu kenal pasti dahulu beracun atau x.

3. Air dari lopak air, mata air, boleh minum tp tgklah sekiranya sekeliling lopak tersebut x de rumput, ada tengkorak binatang pulak, jgn minumlah.. takut beracun..

Kalau masa hiking tu x yahlah pakai minyak wangi.. x de sape nak bau pon… kalau pakai gak silap2 ada benda lain yang ikut.. kat hutan sape tau…

Okay,, kadang2 bahan yang digunakan dalam minyak wangi ni menyerupai bau bunga-bungaan,, so kalau pakai, mungkin boleh tarik binatang lain mendekati anda.. seperti lebah dan lain2 binatang yang ada kat dalam hutan tuh..

Oh ya,, sebelum terlupa, ramai yang x tahu kegunaan wisel ketika hiking.. tiupan yang berbeza adalah membawa maksud ynag berlainan..

sekiranya dalam kecemasan- perlu bantuan- tiuplah wisel selama dan sekuat yang boleh.. tiup sehingga tiba bantuan. Jadi sekiranya anda sedang hiking dan terdengar tiupan wisel yang panjang dan lama dan berterusan, balas tiupan wisel tersebut dan cari lokasi peniup wisel tersebut.

Dan untuk panggilan tertentu kebiasaanya dibuat oleh ketua ekspedisi seperti tupan 3 kali untuk berkumpul segera.

Okay.. yang seterusya akan bersambung dengan pemilihan tapak perkhemahan, dan semasa di tapak perkhemahan.

No comments:

Post a Comment