7.12.11

Koleksi Mimpi Pelik tapi Benar....

x tau apa yang berlaku, sejak akhir2 ni aku selalu mendapat mimpi..
yaaa.. bukan boleh percaya sgt mimpi tu, mainan syaitan je tuh.. tapi ini benar2 berlaku pada diriku ini..

Aku ada menempah suatu barang dari penang, tunggu punya tunggu, satu malam tu ak mimpi, mimpi barang yg aku tempah dah sampai, tapi yg pelik datang berganda, 1 bukan yg aku tempah, manakala satu lagi barang aku tetapi terdapat kerosakan.. aku ambil keduanya lalu terpinga-pinga kemudian terjaga.. dan semalam ak dapat kol, barang aku betul2 dah sampai, bila aku ambil, yaa.. mmg betul, barang aku terdapat kerosakan yang sama seperti dalam mimpi aku..

bukan nak percaya sgt tp benar terjadi...

seterusya adalah mimpi berkaitan rumah aku sendiri.. orang lama.. biasalah.. macam2 benda dia tinggalkan.. so arwah moyang aku ada buat `air penyejuk rumah` dan diletakkan di tengah2 kawasan rumah ni.. pada mulanya ak x tahu.. ak mendapat tahu melalui mimpi... korang nak tau mcm mane aku dapat mimpi??
haaaa... seram sikitlah.. (sebab aku kat tempat tuh sekarang ni ==") okok.. mcm ni.. x lame lepas kematian pak sedara aku, ak bermimpi.. ak dengan sendirinya telah berapa di ruang tengah rumah, dan x semena2 melangkah ke arah kabinet.. dan menolak pintu kabinet.. korang tau apa yang ada kat dalam kabinet tuh? sebijik jenazah pak sedara aku yang dah siap dikafankan.... dia pda mulanya tidak menghadap aku tetapi bila aku pandang, dia dengan perlahan2 berpaling ke arah aku dan tersenyum.. saat dia tersenyum itulah aku terjaga... aku buat x kisah dengan mimpi tuh... lalu aku biarkan....

selang beberapa bulan, abang saudara aku pulak meninggal.. maka terjadilah mimpi yang sama... tempat yang sama.. mmg serupa.. dia dengan keadaan siap dikafankan berpaling perlahan2 menghadap aku dan tersenyum... lepas dia seyum aku terjaga....

cukup mimpi kedua, ak mula tgk2 kabinet tuh, cari2 pape yg misteri tp x ketemu pape pun.. so ak bermimpi dengan arwah moyangku sendiri.. mimpi yang sama, posisi yg sama, dan perkara yang sama.. selepas itu ak bertekad mencari apa yang ada di dalam kabinet,, sepetang aku selongkar lalu berjumpalah dengan sebotol botol plastik kicap lama yang berisi air jernih mcm air masak tuh.. lepas tnye mak aku air apa, barulah mak aku bgtau tu air penyejuk rumah..

tapi masalahnye kenapa aku dapat mimpi mcm tuh?

okay... yang ni pulak mimpi ak ketika di tempat baru iaitu KMJ. Kolej Matrikulasi Tangkak, Johor.. sebelum aku berpindah ke IPG Kampus Temenggong Ibrahim, selama seminggu aku kay KMJ. Dan masa seminggu itulah aku mendapat mimpi yang pelik setiap malam aku di sana... apa yang aku mimpi? haaaa.. ni dia...

~mcm nilah, dengan pelbagai saiz dan bentuk~

aku mimpi aku akan duduk keseorangan lalu akan didatangi mula2 seekor ular hitam, yang kecil... tidak lama kemudian datang seekor lagi, sehinggalah aku dikelilingi dengan puluhan, malah ribuan ekor ular hitam disekeliling aku dengan pelbagai saiz dan bentuk, ada yang bersirip, berkaki, dan besar yang teramat sehingga ak hanya nampak badanya saja.. tapi anehnya ular2 tu hanya mengelilingi aku, tidak sentuh pun.. selepas aku melihat sekeliling yang penuh dengan ular hitam, aku akan terjaga..

ustaz2 kate kalau dapat mimpi ular hitam maknanya ada makhluk halus mengganggu... benar ataupun tidak.. wallahuallam~

Ya Allah yang maha pengasih lagi penyayang.. lindungilah hamba-Mu ini.. amin...

6 comments:

  1. Haziq, kalau bab mimpi ni kan, Rasulullah tak galakkan kita ceritakan kepada orang lain. Ye la, takut fitnah berlaku. In case, orang tafsirkan mimpi kau dengan cara yang salah, itu boleh bawa kepada fitnah kan? Yang penting, lepas aku baca kau punya mimpi-mimpi tu kan, aku rasa kenapa kau dipilih untuk didatangi segala mimpi tu ialah Allah nak kau berubah jadi lebih baik! Ambil sebagai positif, mimpi tu bukti Allah maha Berkuasa kan? sebab kau je yang terpilih untuk tahu alami mimpi-mimpi tu kan?

    ReplyDelete
  2. Thanks naim ^^ tapi ni sekadar nak berkongsi.. sebab biasanya selagi aku x cerita kat orang mimpi aku, selagi tuh aku akan bermimpi.. tp ak x ambik serius pon.. kalau ni semua dari Allah, Alhamdulillah. dari syaitan, nauzubillah...

    ReplyDelete
  3. woahhh, i can't imagine if was in your place. (asal la aku bace entry ni time tengah2 malam ni -.-)

    papepon semoga Allah melindungi saudara dan saye juga dari syaitan amin.. :)

    ReplyDelete
  4. key ri.. hahaha.. nilah jadiknye kalo dah bosan sgt tengah2 malam.. pasal mimpi pon boleh jadi bahan blog..

    btw, thanks ^^ amin..

    ReplyDelete
  5. selalu solat dan banyak2 doa mintak perlindungan dar Allah s.w.t.. ^^

    ReplyDelete