27.12.11

#4 Pemilihan tapak perkhemahan dan semasa berada di tapak perkhemahan.

Maka terciptalah satu perbualan antara seorang murid dengan gurunya ketika hiking…

(maaf dipohon kerana malas untuk meletakkan gambar agar menjadi lebih menarik)

Murid:

cikgu! Hari dah makin senja, gelap pulak tu, kami pun dah penat, boleh kita bermalam di sini dulu?

Cikgu:

bagus gak tuh, gelap2 mcm ni x beberapa elok nak teruskan perjalanan.. okay semua! Kita akan bermalam di sini. Kumpulkan beg anda semua di atas batu itu. Kita akan dirikan khemah.

Murid:

cikgu! Kat bawah pokok ni mcm ok je nak dirikan khemah?

Cikgu:

cuba awak tgk pokok tu.. dahan atas tu besar ke kecil? Bahaya kat situ, meh sini pasang khemah kat kawasan lapang sikit ni. Jauh dari pokok, tuh kat sebelah batu besar tu.

(beberapa minit lepas tu, lepas dah makan semua, maka duduklah guru tersebut bersama anak muridnya)

Murid:

cikgu, td kenapa x boleh dirikan khemah kat bawah pokok tu? Dan boleh cikgu ceritakan mcm mana nak pilih tempat dirikan khemah?

Cikgu:

oowh.. tempat tadi tu x sesuai, kalau awak perhatikan dahan 2 pokok tadi tu, awak akan perasan ada satu dahan yang dah kering, bahaya sekiranya angin kuat, boleh patah dan hempap khemah awak.

Okay, sekarang cikgu nak ceritakan tempat2 yang boleh didirikan khemah dan kawasan yang tidak boleh..

Untuk kawasan yang boleh dirikan khemah:

1. Kawasan lapang yang agak jauh dari pokok2 yang besar.

2. Kawasan tanah yang rata dan kukuh.

3. Tidak berada terlalu berdekatan dengan laluan air.

4. Tidak berada berdekatan dengan curam, gaung.

Setelah dapat kawasan perkhemahan, buat perimeter agar kawasan perimeter lebih terjaga, perimeter yang dimaksudkan adalah memadai tali yang dipasang sekeliling tapak perkhemahan dan lebih bagus jika ada penggera keselamatan yang boleh dibuat sendiri.

Murid:

tapi cikgu, dalam hutan tebal mcm ni macam mane nak cari kawasan yang cikgu cakapkan tu? Mcm x de je?

Cikgu:

Yaa.. betul. Tapi awak semua boleh juga mendirikan khemah di pangkal pokok besar yang mempunyai akar banir yang besar. Akar banir yang besar boleh memberikan perlindungan tambahan dan juga pokok yang berakar banir adalah lebih kukuh.

Murid:

Habis tu kalau hujan lebat n angin kuat adakah lebih elok duduk di dalam khemah atau luar khemah?

Cikgu:

Hujan lebat ye? X payah susah2.. yang jaga sentry kan ada. So sape yang kena bertugas jaga sentry tu kenalah jaga ye.. ingat, tugas sentry adalah memastikan sekeliling kawasan tapak perkhemahan adalah selamat sepanjang waktu sentry bertugas. Laporkan apa yang berlaku kepada cikgu dan sekiranya apa2 berlaku, segera kejutkan kawan dan diingatkan jgn sentry berseorangan.. berkumpulan.

Murid:

Cikgu, penggera keselamatan yang cikgu cakap tuh mcm mane?

Cikgu:

Berdasarkan kreativiti kita, ada yang menggunakan akar kayu yang liat yang dipintal bersama sekeping kayu dan sekiranya ada haiwan langgar tali perimeter, kayu itu akan memukul daun kering yang mengeluarkan bunyi bising. Gantung buluh yang keluarkan bunyi mcm angklung pon boleh.. tapi cara pertama lebih popular.. kalau susah sangat kita pakai je tin sardine yang kita bawa tuh, lagi bising.. hahahaha

Murid:

cikgu, saya ada makanan lebih. Mana nak simpan ni? Atau nak buang je?

Cikgu:

Makanan lebih? Macam mane boleh lebih? Bak sini cikgu makan, awak ni, semua nak buang.. rezeki ni.. hahaha.. ok, cakap pasal nak simpan makanan. Waktu camping ni, haiwan dalam hutan ni adalah kebanyakan nocturnal, iaitu berburu di waktu malam. Jadi jika awak semua x simpan makanan dengan cermat, akan menarik perhatian mereka ke tapak perkhemahan kita. Jadi semua jenis makanan simpan di dalam bekas yang bertutup.

Murid:

Cikgu, tadi saya makan banyak sangatlah.. perut dah memulas ni.. aduh!

Cikgu:

Awak ni termakan julap ke tadi? Hahaha.. dah, kamal! G amek penyodok kat beg cikgu, teman amir ni nak g melabur. Tapi ingat Amir! Korek dalam sikit, lepas tu jgn lupa kambus.. buat tanda. X delah kalau org lain nak buang terkorek `buangan` awak pulak..

Murid:

hahaha… (murid lain) cikgu, malam ni saya sentry. Ada apa2 pesanan dan nasihat?

Cikgu:

Okay, ingat lagi cikgu ada pesan supaya membawa wisel masing2? Baiklah.. ingat nanti sekiranya ada kecemasan tiup wisel sekuat hati dan selama yang boleh sehingga bantuan tiba. Tetapi jgn tiup sesuka hati. Hanya pada kecemasan sebenar. Dan dengar ni semua! Apabila cikgu tiup wisel 3 kali, bermakna anda semua kena berkumpul di sini. Faham semua!?

Murid:

Faham cikgu!

Cikgu:

Baiklah, cikgu biarkan awak buat kerja masing2, ada perlukan bantuan apa2 boleh datang cari cikgu di khemah cikgu depan tu. Ingat! Esok pagi awak semua perlu bangun awal, jadi tidur awal dan jgn lupa siapa yang bertugas sentry, cikgu akan pantau dari jauh...

No comments:

Post a Comment