7.12.11

Anda Mahu Adventure? (^_^)V #2

#2 Tips Hiking..

Pada hari ini, kita akan didedahkan pula dengan pemakaian semasa pendakian. . seperti yang kita sedia maklum.. perkataan mendaki, tidak kira samada mendaki bukit mahupun gunung, sudah terbayang di fikiran masing2 cerun yang curam, kawasan berbatu, licin dengan lumut, lopak air denai yang kecil, dan sebagainya.. Oleh itu perlulah ada pakaian yang lengkap dan sesuai bagi aktiviti mendaki.

~contoh kasut yang sesuai (kiri) kanan kadangkala berat tetapi beri cengkaman yg bagus~

Pertama, pemilihan kasut. Kasut adalalah elemen yang penting dalam pendakian. Sesetengah pendaki mahukan kasut yang kalis air dan bertapak bunga yang besar. Namun berat menjadi masalah, kebiasaan kasut bertapak bunga besar adalah berat. Ini akan menyebabkan pendaki berasa cepat letih. Jika boleh, belilah kasut yang ngam2 orang kate masuk kaki x rase sempit x rase longgar. Pakai stoking je fit.. kalau ada ruang, kaki akan mudah melecet dan kalau dah melecet masa kat kaki gunung ok lagi,, kalau dah kat tgah2 gunung?

X ke kene sumpah seranah member jek? (dalam hati jelah kot)

Tp ada ga yang selesa pakai kasut getah je, sebab lebih lasak dan ada cengkaman dan juga mudah penjagaan..

Masalahnyer korang nak ke pakai sebab biasa yang pakai tu org tua2 je kat kg yang buat g noreh getah..

~ni lah rupa kasut getah, tp aku pun suka pakai ni, senang jaga dan murah ^^~

Kedua stoking, jaga kaki tuh, jgn 3 hari pendakian stoking sama je.. boleh pengsan member bile kasut bawa masuk khemah… ==” bawa stoking lebih, tukar setiap kali kaki mula berasa lembap.. di samping elak kaki busuk, boleh elak kaki kene Athlete Foot..

Ketiga, seluar.. ada pendaki suka seluar track bottom je, ada suka cargo pants, ada pakai tight je.. ikut selesa masing2,.. tp pada pndangan saya (skema sikit ==”) lebih digalakkan memakai tight kemudian barulah memakai seluar apa2 di luar asal selesa untuk melangkah..

-tp agak2 ar kalau nak pakai jeans kan g hiking-

Kalau kita pakai tight ni, boleh mengelakkan dari diserang lintah ataupun pacat... dan pangkal paha x mudah nak melecet, lagi2 mereka yang berbadan besar. Kalau dah melecet.. haaaa… mengangkanglah turun gunung t… hahaha..

Ada kelebihan dan kekurangan jenis2 seluar yg dipakai. Misalnya seluar kargo, mcm ak sendiri lebih suka pakai seluar kargo sebab banyak kocek, boleh bawa mcm2 dalam poket, tapi kekurangan dia bila dah basah kena peluh, haaa.. berat, lepas tuh pasir semua lekat.. and nak kering bukan main lama lagi.. maklumlah dalam hutan, cahaya matahari terhad.. track bottom pulak ringan, kena air cepat kering, tp cepat koyak kalau terjatuh dan tiada bnyak poket. Dan lagi satu jenis seluar track bottom yang kain mcm kain khemah tu. Ada dua lapisan.. sekarang famous dipakai.. yang tu pun okay.. tp kalau yg jenis 1 layer je. Kalau dah basah. Melekat kat badan..

haaa.. paham2lah kat kalau dah melekat nampak apa… (no komen)

Dan kalau boleh seluar tu biarlah dimasukkan ke dalam stoking, ini bagi mengelakkan lintah atau pacat masuk dalam seluar..

-kalau rasa otai sngt pakai je seluar pendek.. hahaha-

Pernah berlaku seorang kenalan sahabat pergi mendaki, x lama semasa mendaki dia merasakan basah pada kelengkang dia, chek punya chek, dia `datang bulan` pacat dah tergantung kat scrotum dia.. hahaha… mengengkang balik. Hohoho..

~contoh pemakaian yang lengkap semasa pendakian~

Keempat, baju.. berdasarkan pengalaman dan pengetahuan, adalah lebih elok mendaki dengan memakai baju kain berasas nilon, macam kain jersi. Kain jenis ini lebih ringan, cepat kering dan tidak menghilangkan suhu badan dengan cepat berbanding baju yang berkain cotton. Kain cotton lebih menyerap peluh dan menyebabkan kita berasa mudah letih dan dahaga kerana suhu badan menurun (haba dibebaskan dengan cepat).. sekiranya pendakian di kawasan pergunungan yang sejuk, pakaian bahagian dalam dimulakan dengan kain nilon, baju tight jika ada, kemudian barulah yang selebihnya yang boleh membuatkan badan sentiasa hangat.

Sekiranya anda mendaki dan bahagian hadapan badan terasa sejuk berbanding belakang, buka jaket/baju sejuk anda, dan sarungkan macam mana biasa mak2 naik moto tuh, pakai terbalik. Ini boleh menghalang aliran angin masuk dan sekaligus menghangatkan badan..

Kelima, penutup kepala. Tidak kira di kawasan hutan tanah rendah mahupun tinggi, penutup kepala dikira penting, kerana apa? Kerana penutup kepala boleh melindungi kepala dari mana2 serangga seperti labah-labah, semut, dan lain2.. di samping boleh menjelaskan pandangan kita dengan menghalang peluh dari mengalir masuk ke dalam mata dan rambut. Bagi pendakian di tanah tinggi, kebanyakan pendaki tidak menyedari bahawa bahagian kepala mereka yang terdedah itu menyebabkan mereka kehilangan haba badan. Bagaimana nak tahu anda kehilangan haba badan melalui kepala? Anda rasa kaki anda, sekiranya sejuk bermakna anda haruslah menutup kepala anda.

*pada episode seterusnya akan disambung dengan tajuk ~do and don`t~ semasa pendakian*

2 comments:

  1. entri yang menarik dan informative!
    keep it up ya! ^^

    ReplyDelete
  2. hehehe.. okay sis ^^
    i will =)
    btw thanks perkenalkan blog to me ^_^

    ReplyDelete