6.12.11

Anda Mahu Adventure? (^_^)V

Anda ingin pergi perkhemahan dan mendaki gunung tapi satu apa pun anda tidak tahu memandangkan anda masih baru dan ini biasanya berlaku kepada mereka yang terpaksa pergi mengikuti program sekolah, persatuan dan sebagainya.. sudah pasti situasi sebegini merumitkan keadaan malah membuatkan anda berasa tidak yakin untuk menyertai perkhemahan @ pendakian tersebut…

Okay.. disini terdapat beberapa tips yg saya berasa berguna untuk dikongsikan bersama anda semua..

Tips Memilih Beg Sandang @ Backpack

Untuk pemilihan backpack adalah sangat penting dalam pendakian kerana backpack yang tidak sesuai dan salah hanya akan membuatkan badan sakit-sakit dan menyukarkan pendakian anda..

1. Pilih backpack yang bersesuaian dengan torso badan anda (kepanjangan badan) kebiasaan torso perempuan lebih pendek berbanding lelaki. Maka pilihlah yang bersesuaian dengan torso anda bagi selesa.

~beli yang selesa, kesesuaian badan anda ye ~


2. Jgan kedekut nak beli yang ada brand.. jgnlah beli Cap Ayam (cikai) takut belum sempat sampai ke destinasi beg dah koyak, putus.. x ke susah nanti… dan jgn beli yang cantik di pandangan, beli yg sesuai dengan keperluan, seperti banyak poket kecil untuk menyimpan barang-barang kecil, dan elakkan beli backpack yg banyak tali kerana boleh tersangkut pada ranting kayu.


~beli biar berpada, selesa, selamat dan meyakinkan~

3. Digalakkan membeli backpack yang kalis air kerana lebih selamat dan selesa. Beli juga yang mempunyai penutup atas backpack bagi mengelakkan air hujan masuk ketika pendakian.

4. Belilah backpack yang mempunyai padding yang selesa terutama pada shoulder strap, torso dan waist belt.

Tips Penggunaan Backpack

Backpack mahal macam mana pun sekiranya tiada penjagaan yang sempurna akan pendek juga hayatnya. Maka perlulah dijaga agar jangka hayat penggunaan backpack lebih lama dan menjimatkan.

1. Untuk menyandang backpack perlulah dengan cara yang betul bagi mengelakkan shoulder strap koyak (kawasan yg paling `keras` bagi backpack). Turunkan badan dan paut sebelah backpack strap (sebelah kanan), tangan kiri menarik penyangkut beg yang terdapat di tengah-tengah antara shoulder strap ke belakang badan, masukkan tangan kanan sepenuhnya dalam keadaan membongkok sedikit dan berat backpack sepenuhnya berada di atas belakang anda. Barulah masukkan tngn kiri anda ke shoulder strap seterusnya.

2. Shoulder strap tidaklah perlu begitu ketat, cukuplah sekadar backpack rapat di belakang anda dan stabil.

~cara pemakaian backpack yang betul~

3. Waist belt mestilah berada di atas tulang pinggul (pelvic bone) bagi memastikan berat backpack disandarkan pada belakang anda bukannya pada bahu anda.

4. Belilah pelindung hujan bagi backpack anda walaupun backpack anda kalis air kerana penggunaan pelindung hujan dapat melindungi backpack dari hujan yang lebat, memanjangkan jangka hayat backpack dan mengelakkan backpack tersangkut pada ranting kayu.

~rain cover @ pelindung hujan~

5. Selesai pendakian, bersihkan bahagian dalam backpack, basuh dengan sabun yang tidak terlalu kuat (memadai sabun badan), jemur di bawah sinaran matahari, dan simpanlah di tempat yang kering dan bungkus jika perlu. Jangan lupa keluarkan internal frame untuk disimpan (kepingan besi aluminium pada bahagian torso backpack)

Sebelum pengisian barang-barang ke dalam backpack, perlulah mengenalpasti barang dan peralatan yang penting (buat senarai) bagi mengelakkan terlebih muatan yang hanya memberatkan backpack anda.

~perancangan yang bijak dan sistematik~

Pakaian~

Semasa pendakian faktor pemakaian adalah penting bagi mengelakkan anda kehilangan banyak suhu badan yang boleh menyebabkan anda kehilangan banyak tenaga dan air dalam badan.

1. Bawa pakaian yang diperbuat dari nilon atau polyster. Ini lebih ringan dan lebih cepat kering.

2. Memakai seluar tight (seperti seluar renang) semasa pendakian lebih selesa dan tidak menyebabkan pangkal paha anda melecet. Dan mengelakkan pacat dan lintah.

3. Bawa stoking lebih.. penjagaan kaki semasa pendakian adalah sangat penting bagi mengelakkan berisiko mendapat Athlete Foot (ruam merah, bersisik di celah2 jari). Bawalah stoking jenis cotton yang boleh menyerap peluh dan tukar dengan kerap apabila merasakan kaki anda lembap dan basah. Kemudian keringkan stoking dengan menyangkut pada backpack anda untuk dipakai semula.

~jagalah kaki anda sebelum terjadi sebegini~

4. Jangan lupa membawa baju hujan. Memadai yang pakai buang.

5. Tidak perlu membawa tuala yang tebal, semasa pendakian tidak akan mandi dengan begitu kerap. Memadai tuala kecil untuk mengeringkan badan.

6. Pilih kasut yang ringan, bertapak bunga tebal dan kasar, berjahit di hadapan dan belakang bagi mengelakkan koyak semasa pendakian ekstrem. Dan belilah yang selesa bagi mengelakkan kaki melecet semasa pendakian.

7. Jangan lupa penutup kepala/topi. Suhu badan juga keluar banyak melalui kepala.

8. Pakaian dalam adalah penting, tukarlah selalu dan keringkan sepenuhnya sebelum memakai semula.

9. Jumlah pakaian tidak perlu mengikut jumlah hari pendakian. Kerana akan dipakai semula.

10. Pemakaian badana juga berguna disamping dapat mengelakkan serangga hinggap di kepala dan mengelakkan peluh dan rambut masuk ke dalam mata.

11. Pemakaian sarung tangan juga berguna bagi mengelakkan tercedera terpegang batang pokok yang berduri.

Makanan dan Minuman~

Makanan dan minuman adalah elemen yang sangat penting semasa pendakian. Makanan yang dipilih mestilah yang dapat memberikan tenaga dengan segera dan berkhasiat lagi mudah disediakan.

1. Elakkan membawa makanan dalam tin, kerana lebih berat. Tetapi jika ada belilah yang dalam tin kecil.

2. Digalakkan membawa makanan yang berbungkus, sedia untuk satu hidangan. Sedia pek dari rumah dengan menyediakan makananan dalam 1 pek besar(1 hidangan) sedia dengan pek kecil di dalam seperti milo, gula, beras, dll.

3. Bawa bekalan air yang mencukupi. Jika boleh, belilah bekas air yang boleh dikempiskan seperti beg air (hydration bladder).

~hydration pack~

4. Bawalah beberapa bar coklat. Coklat dapat mengembalikan tenaga dengan segera sekiranya berasa nak pitam.

5. Asam (sodium) juga terbukti berguna bagi mengelakkan muscle cramp semasa pendakian. Minuman isotonic seperti 100plus sedia ada sodium dan elektrolit untuk mengembalikan tenaga, air, dan mengelakkan muscle cramp.



~~okay.. sampai sini dulu.. episod seterusnya akan bersambung (^_^)V yaw! ~

No comments:

Post a Comment